![]() |
KETAHUILAH 5 Jenis Ujian Ini Sesungguhnya ALLAH SWT Akan Menghapuskan DOSA | Silahkan Bagikan Jika Bermanfaat |
Dalam hidupnya, manusia tidak pernah luput dari kesusahan. Tidak
selamanya hal-hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan
manusia. Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal-hal yang tidak
menyenangkan dalam hidupnya sebagai pembelajaran.
Bahkan para Nabi pun diuji dengan berbagai macam cobaan. Dari banyaknya
kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT, terdapat 5 jenis ujian yang
boleh mneghapuskan dosa-dosa yang dilakukan manusia. Apa 5 jenis
kesusahan tersebut?
Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan menimpa muslim sakit, keletihan,
kebimbangan, gangguan, kesedihan dan duka hingga duri yang mengenai
dirinya. Kecuali Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. ”
Berikut ini 5 kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT untuk menghapuskan dosa manusia seperti yang dirangkum dari islamidia.com:
1. Keletihan
Keletihan adalah kesusahan yang pertama yang akan diberikan oleh Allah
SWT. Keletihan ini biasanya terjadi pada seseorang yang bekerja tanpa
berehat. Dia akan merasakan keletihan yang berat. Kerana merasa lelah,
dia sukar untuk melakukan aktiviti yang lain.
Tetapi percayalah bahawa Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya yang
telah lalu jika seorang hamba dapat mengatasi keletihan yang
dihadapinya. Setiap keringat yang dikeluarkan akan bernilai ibadah bagi
Allah SWT
2. Sakit
Kesusahan lain iaitu merasakan sakit. Setiap manusia pasti pernah
merasakan sakit dalam hidupnya walaupun hanya sekali. Rasa sakit yang
dianugerahkan oleh Allah SWT terasa amat menyeksa.
Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda, “Setiap muslim yang terkena
musibah penyakit atau yang lain, pasti akan hapuskan kesalahannya,
sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya” (HR. Al-Bukhari no. 5661
dan Muslim no. 651)
Dalam hadis yang lain, Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda,
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau sesuatu perkara yang lebih
berat dari itu melainkan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosanya
kerananya.” (HR. Muslim no. 2572)
Bergembiralah saudaraku, bagaimana tidak, hanya kerana sakit tertusuk
duri saja dosa-dosa kita terhapus. Kerana boleh jadi dengan penyakit ini
kita akan bersih dari dosa bahkan tidak mempunyai dosa sama sekali,
kita tidak punya timbangan dosa, kita menjadi suci sebagaimana anak yang
baru lahir.
Rasulullah SAW juga bersabda, “Cobaan akan sentiasa menimpa seorang
mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada anaknya atau pada hartanya,
sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikitpun.” (HR. Ahmad)
Hadits ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai penyakit kronik yang
tidak boleh diharapkan kesembuhannya dan vonis doktor mengatakan umurnya
tinggal hitungan minggu, hari bahkan jam.
Ia bimbang penyakit ini menjadi sebab kematiannya. Hendaknya ia
bergembira, kerana boleh jadi ia menghadap Allah suci tanpa dosa.
Ertinya syurga telah menunggunya.
Jadi bersabarlah dan jangan mengeluh dengan penyakit yang diberikan
Allah, kerana sakit adalah ujian dan dosa-dosa kita akan digugurkan
olehNya. Kerana itu, tetap tabah ketika sakit dan terus mencari
penawarnya.
3. Kebimbangan
Kesusahan selanjutnya adalah rasa bimbang. Kebimbangan tersebut perlu
diatasi dengan baik. Jika tidak, akibatnya fatal. Serahkanlah semua
urusan kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita perlu berusaha dan
berdoa.
Hasilnya biarlah Allah SWT yang menetapkan. Jadi, hati manusia menjadi
lebih tenang kerana segala yang diberikan oleh Allah SWT adalah yang
terbaik.
4. Gangguan
Kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT lain iaitu muncul
gangguan-gangguan dalam kehidupan. Gangguan ini boleh datang dari
berbagai sisi.
Di saat kita melakukan perkara yang baik, ada saja gangguan yang
menghalang. Jika kita boleh yakin dan bersabar, dosa-dosa kita akan
gugur.
5. Kesedihan
Setiap manusia tentunya mendambakan kehidupan yang menyenangkan, penuh
ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan. Tidak ada satu orang manusia
pun yang ingin merasakan kesusahan di dalam hidupnya.
Tetapi mustahil hidup manusia penuh dengan kesenangan. Dan Allah SWT
memberikan kesedihan kepada manusia untuk menghapuskan dosa-dosanya yang
telah lalu. Jika kesedihan ini ditangani dengan bijak dan kesabaran
maka dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT.wallahu a'lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar