![]() |
INGIN KAYA? Inilah Yang Diajarkan Islam, Silahkan Disimak |
“APA yang kita beri itu yang kita dapat.” Begitulah peribahsa
yang sering kita dengar. Begitu sederhana namun implementasi dikehidupan
nyata, kata – kata tersebut sangat istimewa, mengapa? Karena hal ini
berhubungan dengan sedekah. Ketika kita memberikan sesuatu maka kita
juga akan mendapatkan sesuatu yang setimpal seperti dalam Qur’an surat
Asy Sura ayat 30: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, adalah
disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.”
Ada beberapa rahasia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan
bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan
bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.
Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim
oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka
siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali Lipat
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat
keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat
al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya
setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan
melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan
yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir
seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al
Baqarah (2) : 261)
Allah Lipat gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun
perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan
dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala
yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
Rezeki dimurahkan Allah SWT
Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti
akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada
mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”.
(At-Talaq:2-3)
Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam
kehidupannya. Faidah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya:
“Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia,
bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan
amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah
hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya
(berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau
terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi
kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan
itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Keberkatan Dalam Rezeki
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya
keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak
dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan
susah meskipun banyak harta.
Kaya Jiwa
Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam
kerana kekayaan boleh membawa kerosakan kepada seseorang sekiranya
tidak menurut jalan yang betul. Islam lebih melihat kekayaan dari segi
kekayaan jiwa. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta
tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)
Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang betul
akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan
untuk bersedekah.
Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah kerana Allah
akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai
manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah
melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah
antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu
kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan,
nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu
Majah.
Sumber: https://rahsiasedekah.wordpress.com/bersedekah-menyebabkan-kita-kaya/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar